Sunday 22 December 2013

Cabaran dan Persaingan Semakin Sengit dalam Pencetus Ummah



7 peserta yang tinggal, masih berbaki sekitar kurang dari sebulan sebelum pentas akhir Pencetus Ummah bakal disiarkan secara langsung kepada semua peminat bagi program ini. Pada minggu ini dengan bertemakan Kisah Bidadari Syurga telah memperlihat kematangan dan kepelbagaian corak persembahan dari kesemua peserta dan sudah tentu yang paling menyerlah pada malam tersebut adalah PU Rahmat, PU Shahul yang ditempatkan dalam kalangan TOP 3 peserta terbaik dan mendapat markah tertinggi pada minggu ke-5.

Bagi minggu hadapan iaitu minggu 6, para peserta telah mendapat tajuk melalui sampul surat dengan 3 pilihan yang diberikan. Para peserta harus memilih salah satu tajuk antara 3 pilihan yang telah diletakkan dalam sampul surat yang disediakan pada Tabir Pencetus Ummah, yang dipengerusikan oleh Murabbi mereka iaitu Dato’ Fadzilah Kamsah, Ust Ahmad Termizi dan Ust Zulkifli Hamat. Secara tidak langsung, untuk tema pada minggu hadapan pula adalah PILIHAN PENONTON. Antara tajuk yang bakal dihujahkan oleh PU pada minggu hadapan dibawah tema PILIHAN PENONTON adalah seperti KERJAYA PILIHAN, SURAH DALAM AL-QURAN, NOVEL PILIHAN dan lain-lain. 3 peserta yang mendapat markah terendah iaitu PU Sufian, PU Fakhrul dan PU Hafiz memerlukan undian anda untuk meneruskan perjuangan, jangan lupa mengundi di www.pencetusummah.com.my setiap hari untuk memberi peluang kepada mereka berentap lagi pada minggu hadapan.
 
Murabbi dan Pengacara Pencetus Ummah
Jangan lupa untuk menonton Mimbar Pencetus Ummah yang disiarkan secara langsung pada setiap Khamis, 9.00 malam di Astro Oasis. Pencetus Ummah – Duniaku Dakwahku

2 comments:

  1. program ini memang antara Program Terbaikkk...
    p/s : kalau tak letak no password tak bleh ker???
    susah nak komen

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas responnya, Betul tu, jika dilihat Pencetus Ummah antara program terbaikk dan harus diteruskan.

    untuk yang password tu, terima kasih atas teguran tersebut, mungkin terlepas pandang. insyaAllah akan diperbaik untuk masa akan datang. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...