Monday 27 January 2014

Mont Blanc LEGEND INTENSE




Jejaka sedang mencari haruman yang hangat dan penuh sensual? DL cadangkan kepada jejaka ‘hangat’ diluar sana untuk mencari ‘cinta sejati’ MONT BLANC LEGEND INTENSE yang dilancarkan sekitar suku ketiga 2013. Berpaksikan kepada kesetiaan dan keanggunan Mont Blanc sebelum ini , Mont Blanc melancarkan haruman yang masih mengekalkan kehebatan wangian asal mereka,iatu Mont Blanc Legend.

Reka bentuk botol ini juga mempunyai sentuhan kemasan logam yang memberikan suntikan penuh memukau, mewah dan masih bercirikan sifat maskulin.

TOP NOTES : BERGAMOT, PINEAPPLES
HEART NOTES : CARDAMOM, CLEAR JASMINE, RED APPLE, PEPPERWOOD
BASE NOTES : WHITE CEDARWOOD, TONKA BEANS, AMBER


Bukan sahaja ia menimbulkan rasa ‘hangat’ anda, tapi sentuhan Mont Blanc Legend Intense ini membuat anda lebih maskulin pada masa yang sama ‘elegant’.

Wawrinka Pamer Aksi Hebat, Tewaskan Nadal di Final Terbuka Australia



Kini sudah berlabuh tirai kejohanan Grand Slam pembuka tirai 2014 iaitu Terbuka Australia yang menyaksikan Li Na daripada China dan pemain Switzerland, Stanislas Wawrinka muncul sebagai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan. Li Na, pemain senior berjaya menewaskan pemain Slovakia, Dominica Cibulkova dengan keputusan straight set 7-6 6-0 pada Sabtu lalu, manakala Stanislas Wawrinka menewaskan pemain No.1 dunia, Rafael Nadal dengan 4 set 6-3 6-2 3-6 6-3 pada aksi sebelah malam semalam.



Stan mempamerkan aksi yang sangat bertenaga pada set pertama dan menyambung kemaraan beliau pada set kedua, akan tetapi Nadal seakan menafikan kemahuan kemenangan straight set Stanislas untuk set ketiga. Nadal mula bangkit pada set ketiga dengan kemenangan 6-3 akan tetapi tewas pada set keempat dengan keputusan 3-6. Stan menunjukkan beliau seakan dahagakan kemenangan Grand Slam yang belum pernah dimenangi oleh beliau dalam kariernya.



Dengan kemenangan tersebut, Stanislas menjadi pemain lelaki pertama menewaskan pemain pilihan pertama & kedua kejohanan Grand Slam iaitu Rafael Nadal & Novak Djokovic sejak kali terakhir dilakukan oleh Sergi Bruguera di Roland Garros pada tahun 1993. Kini, pemain pilihan ke-8 tersebut sekaligus melonjak naik kedudukan beliau ke nombor 3 dunia pada hari Isnin ini selepas kejohanan ini. Kejohanan ini memperlihat hadiah yang bakal dibawa pulang semakin bertambah dan pada tahun ini banyak kejutan yang berlaku apabila suhu yang sangat panas serta kejutan pemain pilihan tersingkir lebih awal seperti Serena Williams, Maria Sharapova, Novak Djokovic, Andy Murray, Victoria Azarenka dan beberapa nama lain yang juga pernah mewarnai pentas akhir Terbuka Australia.

Sunday 26 January 2014

TOP5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013




ARTIS BARU LELAKI:
Achey
Dazrin
Mikael Andre
Nomad
Waris

ARTIS BARU WANITA:
Atikah Suhaime
Chacha Maembong
Elfaeza Ulhaq
Hanis Zalikha
Zara Zya
 
ARTIS BERKUMPULAN:
Altimet & Awi Rafael
Forteen
Hyperact
Stacy & Akim
Tasha Mashahar & Syed Shamim

PENYANYI LELAKI:
Awi Rafael
Black
Hafiz
Hazama
Shahir

PENYANYI WANITA:
Alyah
Najwa Latif
Shila Amzah
Stacy
Yuna

PELAKON TV LELAKI:
Adi Putra
Akim
Izzue Islam
Johan As’ari
Shah Iskandar

PELAKON TV WANITA:
Ana Dahlia
Fasha Sandha
Neelofa
Raja Ilya
Siti Saleha

PELAKON FILEM LELAKI:
Aaron Aziz
Adi Putra
Pekin
Shaheizy Sam
Zizan Razak

PELAKON FILEM WANITA:
Erra Fazira
Lisa Surihani
Nora Danish
Siti Saleha
Yana Samsudin

ARTIS KOMEDI LELAKI:
Ebby Yus
Johan
Jep
Rahim Sepahtu
Zizan Razak

ARTIS KOMEDI WANITA:
Didie Alias
Jihan
Noorkhiriah
Sharifah Shahira
Siti Chubby

PENGACARA TV LELAKI:
AC Mizal
Johan
Nabil Ahmad
Nik Michael Imran
Zizan Razak

PENGACARA TV WANITA:
Adibah Noor
Erra Fazira
Fara Fauzana
Hazlin Hussain
Neelofa

PENYAMPAI RADIO LELAKI:
AG (HOT FM)
Halim Othman (SURIA)
Johan (ERA)
Kieran (HOT FM)
Ray (ERA)

PENYAMPAI RADIO WANITA:
Abby Fana (SINAR)
Dina (ERA)
DJ Lin (SURIA)
Fara Fauzana (HOT FM)
Norshela Baharudin (KLASIK)

Sunday 19 January 2014

(PART 2) "Professional Photographer Impian Saya" - Azizie

Azizie mahu lebih cemerlang.


Terlepas membaca artikel PART 1? klik di (PART 1) "Setiap Gambar Beri 1000 Makna" - Azizie. Ayuh baca sambungannya dari sesi wawancara yang dilakukan bersama jejaka yang kini mempunyai aura dan personaliti tersendiri dalam arenanya.


1.       Jika anda bukan seorang jurugambar, anda seorang?
          IT executive

2.      Bagaimana anda melihat perkembangan dunia fotografi sekarang?
"Dunia fotografi sekarang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai yang mahu ceburi bidang ini kerana mudah mendapat pendapatan disamping itu boleh mendapat pendapatan sampingan yang lumayan jika kena pada caranya".


3.      Petua atau tip dalam pemilihan kamera DSLR yang terbaik untuk berkecimpung dalam dunia fotografi?
   "Faktor kamera DSLR juga memainkan peranan penting untuk mendapat sesebuah gambar yang perfect. Contohnya camera 5d Mark III. Kamera jenis ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dimana “ low light “ boleh ditangkap tanpa cahaya yang cukup".



4.      Sumber inspirasi anda dalam dunia fotografi?
-Jose Villa

5.      Siapa anda dalam 5-10 tahun akan datang? Impian anda?
-Seorang Professional Photographer








Untuk maklumat lanjut boleh ke laman rasmi beliau di www.aziziear.com
 
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Azizie sendiri sepanjang wawancara ini berlangsung. Kami di DL mendoakan yang terbaik buat anda, diharapkan sentiasa cemerlang dan menghasilkan sesuatu yang bernilai untuk diri anda. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...