Friday 16 May 2014

"Tahap Kecergasan Yang Tinggi Kelebihan Saya"-Mister Terengganu




Jejaka yang menghiasi ruang DOMINASI LELAKI ini adalah antara peserta yang kini dalam perjuangan dalam sebuah pertandingan yang sedang hangat di Malaysia, Mister Planet Malaysia 2015. Jejaka bernama Mohd Shazwan bin Mohd Luthfi Ismail ini mewakili Negeri Terengganu dalam pencarian wakil Malaysia yang bakal berentap di Madrid, Sepanyol pada tahun 2015.

Ketika mendapatkan beliau bagi kolum Oh Lelaki (Mister Planet Malaysia 2015) kali ini, beliau kini dalam persediaan yang mantap menjelang final tidak lama lagi. “Kini saya menambah ilmu dengan membaca pelbagai inf semasa tentang alam sekitar dan alam semulajadi selain memperbaik fizikal dengan meningkatkan latihan di gym”, katanya. Beliau juga turut mendapatkan pelbagai tip daripada tenaga pakar dalam MPM prihal penampilan dan tip untuk beliau tampil yakin menjelang final bulan Jun ini.

Ditanya kelebihan beliau untuk melayakkan dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2015, “Kelebihan saya lebih kepada tahap kecergasan yang tinggi dan  saya selalu kaitkan kesihatan dengan alam semulajadi.Health Come From Nature, itulah konsep yang saya akan tampilkan di Sepanyol jika saya dipilih mewakili Malaysia kelak”, kata jejaka yang mempunyai ketinggian 175cm ini.


DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER TERENGGANU :Beauty ambassador around the world and represent the modern man to contribute to the planet. Kriteria yang diperlukan lebih kepada ilmu pengetahuan tentang alam sekitar, bentuk fizikal yang menarik dan sihat tubuh badan. Hati dan nilai-nilai murni yang tinggi perlu ada pada diri disampng sayangkan alam semulajadi”.

FINAL QUESTION :
Jika anda diberi pilihan antara SMART atau SEKSI, yang manakah pilihan anda?

“Saya akan pilih SEKSI kerana kriteria itu menunjukkan daya tarikan yang ada pada diri saya. Selain itu, sebagai seorang personal trainer, gaya seksi penting untuk menarik minat mereka. Jadi, perwatakan seksi membantu saya sebagai personal trainer.


DOMINASI LELAKI : Semoga Mister Terengganu berjaya menempatkan dalam kalangan terbaik di Mister Planet Malaysia 2015. Adakah Mister Terengganu menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa untuk mengundi beliau di sidebar sebelah kiri atau klik LIKE pada gambar Mister Terengganu di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...