Friday 20 June 2014

"Saya Pencinta Seni"-Mister Sarawak

KREDIT FOTO : JASON OUNG PHOTOGRAPHY
Mempunyai satu pandangan mata yang tajam, menarik dan wajah yang tampan, beliau mungkin menjadi salah seorang peserta pilihan dalam Mister Planet Malaysia 2015-Road To Madrid, Spain yang mewakili negeri Sarawak. Jejaka yang memiliki nama LEW VOON KHONG, antara wajah yang pernah menghiasi beberapa majalah ini sedang bersaing dengan giat bersama 15 wakil lain untuk dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia bagi edisi tahun kedua ini pada 22 Jun 2014 di Auditorium Muzium Negara.

Jejaka tampan yang memiliki ketinggian 180sm ini sering meluangkan masa hujung minggunya dengan aktiviti yang berkaitan dengan kecergasan dan kesenian. “Biasanya akan berenang dan menghadiri kelas Yoga. Saya sangat cintakan muzik dan pada hujung minggu akan saya menghadiri kelas bahasa Perancis dan Itali”, ujarnya.
Tatkala diajukan prihal persediaan beliau menjelang final minggu hadapan, beliau pantas menjawab, “Sudah tentu saya juga seperti peserta lain mahu tampil dengan persediaan yang rapi, saya sering ke gym, membaca lebih banyak mengenai isu alam sekitra, dan membuat persediaan dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran aktiviti-aktiviti Mister Planet”.
 
KREDIT FOTO : JASON OUNG PHOTOGRAPHY
Kelebihan yang dimiliki oleh setiap peserta adalah berbeza dan para peserta semuanya mahu menonjolkan sisi istimewa mereka pada final kelak untuk menawan hati juri, begitu juga dengan jejaka  berumur 28 tahun ini. “Saya sering terlibat dengan aktiviiti kebudayaan yang diadakan oleh kedutaan dan perbadanan pelbagai negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali, Iran, Korea dan banyak lagi, sekaligus berpeluang memahami budaya mereka dengan lebih mendalam. Saya yakin ianya dapat membantu untuk mempersembahkan kebudayaan dan nilai-nilai Malaysia jika diberi peluang untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa”, jawab beliau penuh semangat.

DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER SARAWAK : “Selain mempunyari rupa paras yang baik dan badan yang tegap, Mister Planet juga seharusnya berpengetahuan luas tentang isu-isu antarabangsa, seperti isu hak asasi manusia, isu pemeliharaan alam sekitar. Dia juga seharusnya seorang yang bersosial dan mempunyai pengetahuan tentang kebudayaan, kesenian dan bahasa-bahasa lain kerana Mister Planet Malaysia akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa”.

FINAL QUESTION :
Jika anda diberi peluang untuk memberikan ucapan , apakah yang anda akan highlightkan prihal kepentingan menjaga alam sekitar dan hutan?

“Hutan merupakan tunjang bumi kita. Eksploitasi terhadap sumber hutan bukan sahaja menjejaskan keseimbangan ekosistem dan memusnahkan habitat alam flora fauna,  tetapi kadar kehilangan peliputan hutan yang cepat juga telah mempercepat proses pemanasan global dan ini akan membawa kesan yang negatif terhadap kehidupan manusia sejagat. Kita haruslah sedar bahawa walaupun kesan pemanasan global ini tidak dirasau secara mendadak, akan tetapi impaknya telah dimanifestiasikan di negara-negara berdekatan dengan kutub utara dan selatan, dan negara kepulauan yang dikelilingi oleh lautan. Maka, kita mesti berusaha dalam menangani masalah ini dan usaha ini mestilah bergantung kepada setiap individu yang hidup di dunia ini. Jika saya menjadi Mister Planet Malaysia 2014, saya akann menggunakan title ini untuk bekerjasama dengan NGO-NGO di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran orang, umum tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar”.

KREDIT FOTO : JOEY MASTERUNIVERSE PHOTOGRAPHY
DOMINASI LELAKI : Kami di DL akan sentiasa menyokong dan memberikan sokongan padu kepada peserta yang bertanding, semoga mendapat kecemerlangan di pentas akhir kelak. Adakah Mister Sarawak menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa undi beliau dengan menekan butang LIKE pada gambar Mister Sarawak di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI

TRIVIA : Jejaka ini juga pernah memenangi Manhunt International Malaysia Most Promosing Model 2014.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...