Tuesday 12 January 2016

Tomas Berdych Kini Bersama Adidas


Berdych sebelum ini bersama H&M. Foto GettyImages

Beberapa hari lalu, peminat kepada bintang tenis ternama dari Republik Czech, TOMAS BERDYCH terkejut apabila bintang tenis tersebut memuat naik sekeping gambar dengan memakai outfit daripada jenama Adidas. Seperti sedia maklum, Berdych sebelum ini menyarung rekaan H&M pada setiap kali kejohanannya malahan pernah berkerjasama dengan empayar tersebut untuk koleksi Tenis, Tomas Berdych Collections yang dijual di kebanyakan negara di dunia.

Sedikit info, Tomas Berdych menjadi pemain tenis pertama yang dilamar menjadi duta kepada H&M dan kontrak khabarnya bermula pada awal 2013. Kini, pemain tersebut menjadikan Adidas sebagai brand yang akan ‘mengikutinya’ setiap kali kejohanan tenis seluruh dunia. Berita itu sekali lagi disahkan oleh Berdych sendiri selang beberapa hari selepas itu. Berdych memuatnaik sekali lagi rekaan Adidas dilaman Instagram miliknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...