Tuesday 23 February 2016

Fattah Amin Ajak Peminat Bercuti di Bali


Foto : IG Fattah

Berita baik buat peminat tegar kepada jejaka tampan, Fattah Amin. Khabarnya jejaka ini telah mengaturkan satu percutian yang istimewa buat peminatnya pada awal April ini. Kemanakah anda rasa Fattah akan bawa kita? Sudah tentu BALI menjadi pilihan untuk kali ini.

Walaupun jadual pengambaran drama Fattah agak padat, pelakon yang terkenal dengan drama Plan Cinta Tak Jadi ini juga dengan berbesar hati membuat satu trip percutian istimewa bagi meraikan peminatnya. Sedikit mengenai kerjayanya, pada tahun 2015 nama Fattah menjadi buah mulut penonton apabila seringkali menjadi pilihan tampil menerusi slot-slot di televisyen. Tidak mahu terus selesa di zonnya, nampaknya slot 2016 ini turut diisi sepenuhnya apabila beliau bakal tampil menerusi beberapa slot drama seperti Yang Mana Satu, Gerak Khas 2016 (menerusi watak Haikal), Bodyguard serta bakal muncul menerusi satu drama pada Ramadan ini bersama pelakon wanita meningkat naik, Mira Filzah.


Fattah turut tercalon dalam Anugerah MeleTOP Era menerusi kategori Fesyen MeleTOP. Fattah, semoga terus berjaya menyusuri 2016 ini.

Trip ke BALI bersam Fattah Amin
Tarikh : 1,2,3 April 2016
Anda boleh hubungi di talian 0122936669 (Zakwan), 0126476367 (Wan Rezairil) atau 0129258293 (Harris) untuk ketahui dengan lebih lanjut. Pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda. Jangan lepaskan peluang anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...