Wednesday 17 February 2016

Remy Ishak Tampil dengan Haruman RUMIbyRemyIshak


Kredit : IG RemyIshak

Trend selebriti Malaysia menghasilkan haruman sendiri diibaratkan seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Seorang demi seorang selebriti kini bergiat aktif dalam penghasilan koleksi haruman dibawah label sendiri. Antara selebriti yang dikenalpasti mempunyai haruman dibawah label sendiri ialah seperti Rozita Che Wan, Rita Rudaini, Shiela Rusly, Dato’ AC Mizal, Dato’ Seri Vida dan terbaru, pelakon Remy Ishak.
Khabarnya Remy Ishak bakal melancarkan haruman dibawah labelnya, RUMI by Remy Ishak. RUMI tampil dengan dua pilihan (lelaki dan wanita) dengan rekaan botol yang menarik. Menerusi kemaskini di laman IG Remy Ishak, RUMIforHim sesuai bagi mereka yang impikan wangian ranggi dan suka menjalani kehidupan penuh cabaran. Bagi RUMIforHer pula menonjolkan sisi 'misteri' gadis manis penuh feminin dimana menjadi pilihan jejaka untuk bertemu. Menarik bukan? Nantikan.


 Jom kita lihat antara nama-nama haruman milik selebriti terkenal Malaysia.
PRECIOUS – Rozita Che Wan
GORGEOUS – Rozita Che Wan
ADORABLE – Rita Rudaini
MATAHARI – Shiela Rusly
DAC VERSATILE & DER AMAZE – Dato’ AC Mizal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...