Thursday 14 April 2016

Wakil Kedah [FAEZ BAHARUDDIN]




FAEZ BAHARUDDIN, jika sebelum ini beliau pernah menyertai HotSearch Mister Malaysia pada tahun lalu, kini jejaka yang mewakili Negeri Kedah Darul Aman bersaing hebat bersama peserta lain seluruh Malaysia di pentas Mister Planet Malaysia 2016. Jejaka berusia 25 tahun ini turut menegaskan bahawa untuk tampil lebih menyerlah di pentas MPM2016, setiap peserta harus bijak dan berpengetahuan luas tentang isu semasa, fesyen dan lain-lain. Kini, jejaka yang bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran ini telah bersedia menuju hari kemuncak MPM2016.

KEDAH DARUL AMAN
“Jika anda ingin menikmati kelainan termasuk melihat bunga mangkuk beruk dan bunga kembang tiga bulan, bertandanglah bersama keluarga ke puncak Gujung Jerai, iaitu satu destinasi peranginan terkenal di Kedah. Sambil menikmati keindahan alam semula jadi, telinga anda semua akan dijamu dengan pelbagai bunyi unggas dan serangga serta kicauan merdu sang burung yang girang hidup di hutan rimba. Gurung Jerai di daerah Yan, Kedah adalah gunung tertinggi di Utara Semenanjung. Di puncak gunung itu pelbagai kemudahan disediakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd, termasuk 30 unit chalet dan bilik penginapan antara RM40-RM110 untuk satu malam. Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, mereka boleh meredah hutan melalui denai yang ada sambil menikmati keindahan dan keunikan flora dna fauna hutan tropika di tanah tinggi itu. Alangkah seronok berjalan dibawah payungan pokok hutan yang rimbun. Pastinya kepenatan tidak terasa kerana suasananya sentiasa dingin dan udaranya sangat nyaman".

CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
“Haruslah bijak, berpengetahuan luas tentang isu semasa, fesyen dan lain-lain. Selain itu untuk menjadi Mister Planet Malaysia, seorang jejaka tersebut haruslah berkeyakinan tinggi apabila berdepan dengan masyarakat, malahan penampilan haruslah kemas dan menarik. Bukan itu sahaja, mereka juga sentiasa bersedia menerima arahan, berfikiran terbuka, positif serta sedia menerima kritikan dan pandangan”.

Kredit
Mister Planet Malaysia
Foto Arazzsrazzswill
T-Shirt Pinopanda
Selempang Rasmi Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo
Lokasi KL Bird Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...