Wednesday 29 June 2016

SYAFEEK IKHWAN Bakal Tampil Album Mini


Foto : AshbarzStudio

ALBUM MINI PADA JULAI
‘Tanpa Arah’ dipertaruhkan menjadi single pertama bagi memperkenalkan dirinya dalam industri. Tidak merasakan selesa berada di zon yang didiami sekarang, penyanyi kecil molek Syafeek Ikhwan khabarnya sedang giat keluar masuk studio bagi melunaskan tugasan untuk menyiapkan album mini sulungnya tidak lama lagi. “Konsep album mini ini pop kerana genre ini sangat mudah diterima pendengar. Ada 5 buah lagu kesemuanya termasuk single ‘Tanpa Arah’ turut dimuatkan dalam album mini ini,” katanya. Tambahnya lagi, antara komposer yang terlibat dalam album ini adalah DJ Fuzz (yang turut mencipta lagu dalam ‘Tanpa Arah’),dam Lokman Aslam. “InshaaAllah album mini ini bakal dilancarkan penghujung Julai. Buat masa sekarang Syafeek sedang sibuk dengan proses rakaman lagu dan alhamdulillah proses rakaman hampir selesai,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafeek turut terlibat dengan aktiviti charity dan iftar bersama anak-anak yatim. “Alhamdulillah untuk orang baru seperti saya, jemputan untuk iftar dan charity tidak putus-putus. Saya sangat bersyukur”.


KISAH RAMADAN
Syafeek menganggap dirinya antara yang bertuah kerana dapat menjalani ibadah puasa ketika melanjutkan pengajiannya ke luar negara sekitar tahun 2007 hingga 2010. “Ramadan ketika itu pasti akan dikenang. Berbuka puasa tanpa keluarga memang sangat berbeza, perasaan campur baur. Akan tetapi bagi Syafeek itulah menjadi kenangan dan pengalaman baru dalam hidup”, luah Syafeek. Beliau turut berasa teruja juga kerana kebetulan ketika itu waktu puasa jatuh pada musim panas, jadi tempoh puasa tidak banyak berbeza dengan Malaysia. “Cuma agak mencabar kerana kebanyakan orang Perancis tidak berpuasa, jadi kena tahan sikitlah mata dengan orang sekeliling yang makan seperti biasa”, tersenyum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...