Setelah genap sebulan proses rakaman
vokal, penghasilan cover bagi album
terbarunya, kini figura kesayangan ramai Dato’ Siti Nurhaliza secara rasmi akan
tampil dengan album penuh pada Mei ini. Album diberi nama SimetriSiti ini mengandungi 10 buah lagu, dimana komposer yang
terlibat adalah daripada mereka-mereka yang pernah bekerjasama dengan Siti
sebelum ini. Beberapa komposer dari Indonesia turut menyumbang beberapa buah
lagu, antaranya Opick, Ivan Lahardika serta penggubah lagu berhantu dari album
Fragmen, Ade Govinda. Selain itu, komposer yang turut mewarnai album terbaru
Siti Nurhaliza ini Aubrey Suwito, Ad Samad, Mohariz Yaakup, Amirah Ali, Sulu
Sarawak dan ramai lagi.
Lebih menarik, Siti sendiri turut
menyumbang hasil karya sendiri menerusi lagu ‘Penghiburku’. Siti turut pernah
menghasilkan beberapa karya lagu sebelum ini seperti Cahaya Cinta, Hati
Berbisik dan banyak lagi.
Mengenai perkembangan terbaru album
ini, single pertama yang akan dipertaruhkan oleh Siti adalah sebuah lagu
balada, Segala Perasaan iaitu hasil ciptaan Ivan Lahardika. Menariknya, Ivan
lahardika turut menyumbang sebuah lagu duet Siti bersama Judika menerusi
‘Kisahku Inginkan’. Album ini akan dilancarkan pada 5 Mei dan kemungkinan
secara rasmi berada di pasaran sekitar 10 Mei 2017. Antara lagu yang terkandung
dalam SimetriSiti ;
Ø Kau Takdirku
Ø Segala Perasaan
Ø Bersandar Cinta
Ø Manis Terindah
Ø Tak Perlu Ragu
Ø Ikrar Cinta
Ø Hiasi Duniaku
Ø Penghiburku
Ø Kisahku Inginkan
Ø Aku Bukan Malaikat
Kredit Gambar : Teaser cover SimetriSiti (IG RoziSangdewi)
No comments:
Post a Comment