Sunday 20 July 2014

EIZAAZ FAREZ Duta EADA Dermasthetics



KREDIT : ADIB SC
Jejaka tinggi lampai, berpersonaliti  menarik dan sentiasa menguntumkan senyuman ini, Eizaaz Farez Zakaria – Juara bagi Mister Planet Malaysia 2014 ini akan mewakili Malaysia dan menggalas nama negara ke peringkat antarabangsa pada Oktober ini di pentas Mister Planet 2014 di Filipina. Sudah tentu persediaan yang rapi sudah dirangka oleh jejaka yang mempunyai ketinggian 183cm ini.
 
Ketika ditemui baru-baru ini, pihak DL sempat menemubual beliau yang kini khabarnya sudah dilamar oleh satu jenama penjagaan kulit iaitu EADA Dermasthetics bagi rangkaian LELAKI disamping model, tempat ketiga Dewi Remaja 2010 serta Top5 Miss Universe Malaysia 2014, Shangkharee Nadarajan. Eizaaz, seorang yang amat mementingkan penjagaan kulit yang terbaik ini amat gembira dengan tawaran yang diberikan kepada beliau dan menganggap ianya batu loncatan untuk lebih menyerlah.

EADA Dermasthetics ini diasaskan oleh wanita jelita,  Aida Putri dimana HQ berpengkalan di Semenyih, Selangor. Selain Malaysia yang mempunyai cawangan bagi produk ini, EADA juga memiliki rangkaian beberapa negara dunia seperti Indonesia, Myanmar, Arab Saudi dan UK.

Bagi anda yang belum mengetahui dengan lebih lanjut, EADA Dermasthetics ini diformulasikan di Amerika Syarikat oleh sekumpulan US Dermatologists dimana ia adalah satu produk yang dapat merawat bagi individu yang mempunyai masalah seperti kulit kering, pigmentasi, berminyak, parut dan kulit sensitif. Produk ini juga hadir bagi kumpulan lelaki dan wanita dimana ianya selamat digunakan dan diakui oleh  pakar US Dermatologists.  Bahan utama yang terkandung dalam rangkaian ini adalah Vitain C, E, Aloe Vera, Licorice, Carnitine, Kojic Extract dan Purified Water dimana dapat membantu membaiki tektur kulit, merawat supaya kelihatan lebih segar dan muda.  Kesemua produk bagi EADA Dermasthetics diuji dan berasakan tumbuhan.

Antara rangkaian produk dari EADA Dermasthetics ;
Rejuvenating Bar
Cleanser
Toner
Advanced Treatment Lotion
Advanced Acne Treatment Lotion
Acne Cream
Pimples Protector
Skin Serum
Pure Sunscreen
UV Foundation
Beauty Lotion Sunscreen

DOMINASI LELAKI : Tahniah diucapkan kepada Eizaaz, semoga dapat meluaskan lagi pengaruh dan akan berjaya lagi pada masa akan datang. Tahniah dari kami di DL.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...